Sabtu, 19 Februari 2011

Syarahan - Tanggungjawab Anak - anak Kepada Ibu Bapa

Ketika keriakan  pertama seorang bayi yang lahir ke dunia ini, justeru tersenyumlah si ibu dan si ayah kerana menerima seorang ahli baru.Mereka berasa gembira kerana kehidupan sebagai suami isteri kini mulai lengkap.Segala penat lelah si ibu yang mengandungkan dan melahirkan anak terubat serta merta.Segala amanah dan tanggungjawab dilaksanakan ibu bapa tanpa merunggut demi cahaya mata yang dikasihi.Persoalannya, adakah segala pengorbanan yang dilakukan mereka itu akan terbalas kelak ?.

     Assalammualaikum warah matullah hiwabarokatuh dan salam sejahtera.Yang saya hormati saudara/saudari Pengerusi Majlis.Barisan panel hakim yang sentiasa berdiri utuh di neraca keadilan, barisan penjaga masa yang tidak alpa walau sesaat seterusnya hadirin - hadirat sekalian.Sebelum itu , izinkan saya menyampaikan apresiasi saya kerana diberi peluang untuk menghonggar dewan ini dengan syarahan saya yang bertajuk Tanggungjawab Anak - anak Terhadap Ibu bapa .

Hadirin sekalian ,
   
    Sebelum bibir saya petah berkata - kata , izinkan saya menerangkan konsep yang membina tajuk syarahan saya. Tanggungjawab Anak - anak Terhadap Ibu bapa adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh anak - anak kepada ibu bapa. Mungkin banyak pihak berpendapat bahawa isu yang akan saya hujahkan ini adalah isu lapuk dan basi dalam arus perdana .Namun , kita perlulah ingat untuk mengekang anak - anak daripada alpa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa mereka , kita sewajarnya membangkitkan semula isu ini agar mereka tergusur untuk menghargai pengorbanan ibu bapa mereka.

Hadirin - hadirat yang saya hormati sekalian,
   
Firman Allah S.W.T dalam surah Al - Isra’ , mafhumnya :
Tuhanmu telah memerintahkan , supaya kamu tidak menyembah selain Allah , dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).”

     Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Allah SWT menegaskan bahawa pentingnya seorang anak itu menjaga tingkah laku terhadap ibu bapa. Ironinya, kebanyakan anak - anak marcapada ini sudah mangli bercakap kasar dengan ibu bapa mereka.Ikhtisarnya , cara mereka berkomunikasi bersama ibu bapa mereka sama seperti mana mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya.Perkataan , ah , malaslah ! nantilah ! mudah sahaja terpancul keluar dari mulut mereka, seolah - olah mereka memandang rendah darjat ibu bapa mereka.Adakah ini balasan kita kepada ibu bapa ?.Justeru , kita sebagai seorang anak perlu bercakap lemah - lembut kepada ibu bapa kerana ini adalah salah satu cara untuk menjaga perasaan mereka.Jika kita imbas kembali , bagaimanakah cara ibu bapa kita menasihati kita ?. Semestinya mereka menggunakan bertuturan yang lembut ,bukan !. Hal ini disebabkan mereka menginginkan nasihat mereka itu  dapat diikuti oleh si anak.Begitu juga cara yang lebih efektif untuk si anak memujuk atau menerangkan sesuatu perkara kepada ibu bapa mereka iaitu melalui tutur kata yang lemah - lembut bukannya dengan cara menengking atau mengherdik mereka.

   Umpama labah - labah kasihkan telurnya.Inilah peribahasa yang paling sesuai dijadikan teladan oleh anak - anak dalam memupuk sikap kasih sayang kepada ibu bapa mereka.Sikap sebegini perlu ada dalam diri mereka kerana sebagai seorang anak kita wajib menjaga dan menguruskan keperluan mereka ketika sakit.Nah ! sudah semestinya dalam usaha memupuk sikap ini kita perlu ikhlaskan hati dan melakukan dengan penuh kasih sayang seperti mana ibu bapa kita menjaga kita sewaktu kecil dahulu.Sikap lepas tangan anak - anak dalam menjaga ibu bapa perlu diluput dalam hati.Tidak kurangnya , ada pula yang mengambil alternatif dengan menghantar ibu bapa mereka yang uzur  ke Rumah Kebajikan Orang Tua dengan alasan ” di sana ibu bapa lebih kondusif dan kebajikan mereka lebih terjaga , lagipun kami sibuk dengan kerja tak sempat nak jaga mereka ” .Cis ! inilah alasan yang paling jumud yang diucapkan oleh anak - anak. Betullah kata pepatah yang menyatakan  ” seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu ”.

Menyentuh pada pepatah ini , saya masih lagi teringat mengenai suatu cerita sepasang suami isteri yang tidak sanggup untuk menjaga ibu bapa mereka.Justeru , mereka mendapat satu idea iaitu mereka ingin menghantar ibu bapa mereka itu ke Rumah Orang Tua.Sehingga pada suatu hari , pasangan ini ingin membeli - belah untuk membeli kelengkapan ibu bapa mereka  ,lantas anak mereka bertanya :

” Mama  dan Papa  hendak ke mana ?”tanya si anak.
Jawab si ibu ” Oh ! , Mama  ingin membeli pakaian atuk dan nenek kamu kerana mereka akan kami hantar ke Rumah Orang Tua esok! ”
” O.... kalau begitu bolehlah saya ikut juga untuk membeli pakaian Mama dan Papa kerana mudahlah saya nanti hendak menghantar Mama dan Papa ke Rumah Orang Tua juga ! ”kata si anak

Lalu pasangan tadi tergamam lantas memohon maaf kepada ibu bapa mereka.

Nah ! wahai anak - anak  ! , masihkah kau ingat ibumu sanggup memaki seekor nyamuk yang menghisap darahmu ? masihkah kau  ingat ibumu sanggup bersengkam mata menjagamu ketika sakit ? masihkah kau ingat ayahmu bermandi peluh di bawah terik mentari untuk menyaramu ?. Adakah  engkau sengaja membutakan  mata dan memekakkan telinga kerana engkau bangga menjadi seperti si Tanggang ?.Tepuk dada tanya asal usulmu.Oleh itu , sebagai seorang anak yang soleh dan solehah , janganlah kita mengabaikan kasih sayang kita kepada mereka kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.

Hadirin - hadirat yang saya muliakan ,

   Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :

“Keredhaan Allah  bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.
 
   Berdasarkan hadis rasullullah s.a.w yang telah saya sebutkan tadi dapatlah kita ikhtisarkan bahawa pentingnya anak - anak mentaati ibu bapa mereka.Sikap sebegini jika tidak dipupuk dari sejak kecil sudah semestinya institusi sesebuah keluarga itu runtuh kerana anak - anak adalah elemen penting dalam menatijahkan kebahagiaan sesebuah keluarga.Kebanyakkan anak - anak di zaman seba moden ini menganggap sikap ini adalah marginal . Malah tidak kurangnya , ada pula yang berloya buruk dengan mengatakan ” alah , tak nampak pun syurga di bawah tapak kaki ibu ” .Sikap - sikap sebegini harus ditepis kerana seolah - olah kita mempersendakan ibu bapa kita. Kita sebagai seorang anak seharusnya tahu cara - cara untuk taat kepada ibu bapa .Tamsilnya,  mendengar segala nasihat dan suruhan mereka , menolong mereka melakukan kerja rumah dan sebagainya.Justeru , kita perlulah ingat jika ibu bapa tidak meredhakan sesuatu tindakan atau keputusan yang kita lakukan, kita seharusnya ingat bahawa ibu bapa adalah orang penting dalam memberi restu mereka kepada kita .Jika kita derhaka kepada mereka kita bukan sahaja telah mengecewakan mereka tetapi kita juga telah dimurkai oleh Allah s.w.t.

    Mendoakan ibu bapa juga adalah tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh anak - anak .Masalahnya, anak - anak masa kini keliru kerana mereka beranggapan doa kepada ibu bapa hanyalah selepas kematian ibu bapa mereka.Kita sebagai seorang anak yang soleh dan solehah perlu sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan usia mereka agar kita sempat mencurahkan bakti kepada mereka.Amalan ini boleh dilakukan selepas solat atau pada bila - bila masa.Kita perlu ingat bahawa doa seorang anak kepada ibu bapanya akan diberi ganjaran paha yang tidak ternilai di akhirat kelak.Namun begitu, kita haruslah mendoakan perkara yang baik untuk ibu bapa kita , bukannya mendoakan agar
”mempercepatkan pemberian harta pusaka mereka kepada kita”.Oleh itu, ayuh ! ayuh kita menadahkan tangan lalu berdoa untuk mereka :

  
 Ya Allah, ampunilah segala dosa kami , dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.
Amin.

Hadirin - hadirat sekalian ,
        Deduksinya , janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada ibu bapa  kerana tanggungjawab kita itu sesungguhnya belum mampu membalas segala pengorbanan mereka terhadap kita. Janganlah sesekali melukai hati mereka kerana mereka sanggup mempertaruhkan nyawa ,masa dan tenaga mereka semata - mata ingin melihat cahaya mata mereka membesar dengan baik dan dapat menjadi insan yang berguna.Mengapa pula kita perlu melupakan pengorbanan mereka ? mengapa pula kita tidak sanggup menjaga mereka ? .Sebenarnya , jawapan bagi persoalan ini ada dalam diri kita sendiri.Cuma yang menyebabkan kita alpa terhadap tanggungjawab kita kepada mereka ialah apabila kita bangga orang melabelkan kita sebagai ” kacang melupakan kulit ” semata - mata ghairah mengejar meterialistik .

Sekian , wabillah hitaufiq wal hidayat .Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan